Sunday, August 31, 2008

KeTENANGan Melalui Redha Allah




Assalamualaikum Warhmatullah,
Sahabat seperjuangan

KeTENANGan Melalui Redha Allah.

Dalam usaha kita mencari redha Allah bagi memperolehi ketenangan diakhirat dan berhadapan dengan hari kebangkitan, bukan hanya dapat diperolehi hanya dengan hubungan yang tulus dengan Allah dan Rasulnya semata, perlu diingat…orang Islam bukan orang yang menentang dan mengalahkan syaitan dengan pedang dan terus ke Syurga. Orang Islam mesti berinteraksi dengan persekitarannya secara aktif dan melakukan perubahan.

Firman Allah (Surah An-Najm:39-41)
Dan sesungguhnya balasan bagi seseorang ialah apa yang diusahakannya: sesungguhnya usaha itu akan diperlihatkan kepada nya. Kemudian dibalas dengan balasan yang amat sempurna.

Amalan kita bukan sahaja disaksikan oleh Allah dan Rasulnya, malah turut disaksikan oleh manusia yang lain juga. Oleh itu, seseorang Islam tidak hidup dalam suatu ruang kosong: ia sentiasa berinteraksi dengan persekitarannya. Apakah yang menjadikannya seorang Islam yang baik?..hal ini diperjelaskan oleh sebuah Hadis yang mefhumnya:

” Manusia bergantung hidup kepada Allah: yang terakrab dengan Nya ielah mereka yang bermanfaat kepada manusia lain”

Oleh itu, syarat untuk menjadi seorang Islam yang baik bukan setakat melakukan solat, puasa, zikir dan tasbih, tetapi yang menjadi ukuran ialah sumbangan mereka kepada orang lain, mereka yang apabila menerima sesuatu tugas akan melaksanakannya dengan penuh komtmen dan ikhlas, mereka yang pro-aktif dan mereka yang memanfaatkan setiap detik masa dengan penuh rasa tanggungjawab.

Rasulullah mengarahkan kita: (mafhumnya)
”Kasihanilah makhluk di bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh makhluk di langit”.

Insyaallah, untuk memperolehi ketenangan di akhirat, kita perlu mengorbankan buah fikiran, tenaga dan yang paling besar ialah masa kita untuk agama tercinta ini. Alangkah ruginya Islam apabila memiliki orang yang hanya sanggup memberikan masa lapangnya sahaja untuk Islam.

Ayuh sahabat sekelian (khususnya di Sarawak Bumi Kenyalang), kita manfaatkan segala jiwa raga, masa dan harta untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai di bumi Allah ini.