Tuesday, October 7, 2008

Syawal Yang Cemerlang



Salam Syawal dan selamat hari raya, semoga kita diberi kekuatan untuk meneruskan amalan puasa sunat 6 hari di bulan syawal.
setelah kita berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, umat Islam telah menyambut 1 Syawal dengan penuh kegembiraan dan rasa syukur.
Bagi anak-anak kita yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM, jangan leka dengan berbagai jenis kuih dan kek hari raya....kek dan kuih ilmu adalah lebih penting dari segalanya demi untuk menentukan masa depan, tanpa ilmu pengetahuan sudah tentu kita akan ketinggalan.
Insyaallah masa masih ada..berusahalah hingga ke saat2 akhir (bukan berusaha di saat2 akhir)..bankyakkanlah berdoa...guru-guru dan ibu-bapa - ibu-bapa hendaklah sama berdoa dengan bersungguh-sungguh demi kejayaan yang cemerlang.....semua orang dilahirkan untuk berjaya...Percayalah Bahawa Hakikatnya Semua Orang
Dicipta Untuk Menikmati Kejayaan, Kekayaan,
Kesenagan Hidup Serta Keredhaan Ilahi!
Cuba kita lihat sendiri orang-orang yang berjaya, adakah secara fizikalnya mereka amat berbeza dengan kita? Adakah mereka mempunyai dua otak untuk berfikiran lebih genius? Adakah mereka mempunyai 8 kaki dan tangan untuk membuat kerja lebih pantas dan mendapat kejayaan cemerlang? Adakah mereka mempunyai sayap untuk terbang ke puncak kejayaan?

Semestinya Tidak! Mereka tidak mempunyai keistimewaan seperti itu dan ini bermakna mereka juga sama seperti anda mempunyai dua mata, dua kaki, dua tangan dan satu otak. Secara tidak langsung menunjukkan bahawa anda dan mereka tiada perbezaan langsung. Jika mereka boleh berjaya, anda juga boleh berjaya. Jika mereka boleh bahagia, anda juga boleh. Dan jika mereka boleh menjadi cemrlang dan hidup penuh ketenangan, Ini bermakna anda juga boleh!

Semoga anda berjaya