Thursday, September 4, 2008

Catatan Ramadhan : Bazar Ramadhan



Assalamualaikum!!
Pejam celik-pejam celik hari ni dah masuk hari keempat puasa, semakin rancak pula bisnes kawan-kawan kat Bazar Ramadhan. Kat Miri ada beberapa tempat Bazar Ramadhan, Bazar Ramadhan Saberkas yang paling popular kerana ada banyak jualan disana.
Kalau berkunjung kat sini kadang-kadang tu rasa sikit sangat pahala puasa yang dapat kerana berjumpa dengan berbagai ragam manusia yang terdedah sana terdedah sini. Maklumlah kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum, kaum lain bukan tahu hal ehwal aurat, tak kisah sangat kalau mereka pakai pakaian yang boleh menjejaskan pahala puasa. Tapi, yang jadi masalahnya ialah mereka yang fasih berbahasa Melayu tanpa sikit pun loghat Iban, sah mereka ni orang Islam…tapi pakaian mereka..mak aii….kalah orang lain, mungkin masa ni lah nak ambik kesempatan buat “fashion show” di bazar Ramadhan.
Petang kemarin sempat singgah sekejap di bazar Ramadhan Saberkas, hujan renyai-renyai. Ramai yg berpayung. Tercucuk sana sini. Bahaya. Boleh batal puasa kalau2 termasuk rongga terbuka. Tengok bermacam-macam jenis juadah dijual, kalau ikut nafsu semua nak di sapu. Tapi bila ingat balik juadah yang dibeli kelmarin masih tersisip rapi lagi dalam plastik, tak jadilah nak beli lebih-lebih lagi, anak-anak pun tak banyak makan....Ingat kecik-kecik dulu , mak selalu buat masak lemak cili api pucuk mengkudu untuk berbuka.....memang membuka selera, sampai sekarang kalau nampak je pokok mengkudu, teringatlah mak kat kampung.
Nak beli kuih-muih dan lauk-pauk kat bazar ni kena tengok-tengok juga, ada setengah tu berjual pakai seluar pendek, tudung tak pakai, nampak pusat dan macam-macam lagi, geli juga tengok mereka ni. Bayangkan keadaan mereka ketika menyediakan makanan dirumah, kita selamba je tibai waktu berbuka. Kita kena bagi sokongan kat warung yang penjualnya menutup aurat dan warung yang bersih, kan bulan Ramadhan merupakan bulan diturunkan AlQuran, didalam Al-Quran diterangkan tentang adap sopan, akhlak, jual-beli, kebersihan dan sebagainya, ini lah masanya kita “praktik” isi kandungan Al-Quran , barulah Ramadhan ini dapat disemarakkan.
Wallahuaklam