Friday, September 19, 2008

Semangat Puasa





Hari ini adalah hari ke-19 umat islam berpuasa. Jadi tinggal lagi 11 hari untuk umat Islam mencari pahala berganda dan sama-sama mencapai keredhaan dariNya. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Malahan puasa juga mempunyai level-level tersendiri .

puasa level pertama adalah puasa secara fizikal. Individu yang mempunyai level puasa fizikal hanya menjaga apa yang masuk kedalam mulut.Puasa level kedua pula adalah puasa secara sosial/emosional.Puasa ini bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi kita perlu perilaku kita kepada orang lain, terutama menjaga apa yang keluar dari mulut atau ucapan kita.

Sebaik-baik puasa ialah puasa level ketiga.Untuk mengubah diri kita, paling tidak kita harus mencapai puasa levelketiga ini. Caranya adalah dengan memilih secara sedar ”makanan-makanan” apa yang boleh diterima oleh minda kita.Kita harus sangat berhati-hati kerana banyak sekali hal di sekeliling kita yang dapat menjadi virus yang amat merbahaya. Dan untuk mencapai puasa level ketiga ini kekuatan semangat amat diperlukan.

Kekuatan semangat adalah amat penting dalam apa jua yang kita lakukan. Untuk membangunkan potensi diri, kekuatan semangat adalah salah satu komponen yang penting untuk berjaya, selain mempunyai keyakinan diri . Terdapat beberapa komponen penting yang termasuk dalam kekuatan semangat iaitu konsistensi, persistensi,dan kegigihan.

Sesuatu perkara atau tindakan yang dilandasi dengan suatu keyakinan yang teguh, baahwa kita pasti boleh berjaya , pasti akan dilakukan dengan penuh semangat. Semangat ini sebenarnya adalah motivasi dalaman atau dorongan bertindak yang berasal dari dalam diri kita. Kekuatan Semangat ini yang membuat seseorang akan terus mencuba walaupun telah banyak kali gagal .

Golongan yang mempunyai kekuatan semangat kebiasaan akan memegang prinsip. “Tidak penting berapa kali kita jatuh, yang penting adalah berapa kali kita bangkit setelah kita jatuh.” “Tiada istilah kegagalan yang ada adalah hasil seperti yang tidak kita inginkan”.

-Lin