Friday, September 5, 2008




Catatan Ramadhan : Aktiviti Lepas Tarawikh

Dan berbelanjalah pada jalan Allah, dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah sangat suka kepada mereka yang melakukan kebaikan” (Al-Baqarah: Ayat 195)
“Dan berilah jiran kamu haknya dan orang miskin dan orang yang berjuang di jalan Allah dan janganlah kamu melakukan pembaziran. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan” (Al-Isra: 26-27).


Malam tadi lepas solat Tarawikh, sempat keluar minum dengan kawan-kawan sambil bercerita beberapa topik menarik.Memandangkan cuaca sehari dua ni tak menentu…ada kawan-kawan dah mula menunjukkan tekak mereka dah nak berkawan dengan batuk, ada yang bersin tak henti-henti…tapi atas tarikan mini parlimen (kedai kopi) untuk membahaskan isu semasa, soal kesihatan tak berapa penting.

Ada sorang kawan tu “berayas” (bahasa Sarawak : berlebih-lebihan) menyedut candu rokok, bak kata orang kedah “bersambung putin”. Bila ditanya, katanya nak qada yang siang hari…….itulah tabiat perokok tegar.



Baru-baru ni dalam bajet 2009 , cukai bagi rokok dinaikkan sebanyak RM0.80 bagi setiap kotak.Setiap tahun cukai rokok di naikkan sebagai salah satu usaha kerajaan untuk membuang tabiat merokok dikalangan rakyat Malaysia. Namun tak ada satu suara pun yang berbunyi samada merungut harga mahal ataupun berazam nak berhenti merokok, setiap tahun harga rokok dinaikkan, semakin bertambah pula ahli persatuan perokok…. siapa yang untung????????



Berbeza dengan kenaikkan harga minyak….baru-baru ni bila di naikkan RM0.70…bergegar seluruh Malaysia….ada yang tukar kereta C.C. kecil, ada yang berbasikal ke pejabat dan tak kurang pula yang tumpang kawan ke tempat kerja…kononnya nak jimat duit…

Bagi seorang perokok tegar , mereka ni tak kisah dengan kenaikan harga rokok.Mungkin ada segelintir yang kisah itu pun hanya bersifat sementara sahaja . Saya percaya , ramai perokok Malaysia yang ingin berhenti merokok.Namun untuk berhenti bukanlah perkara yang senang sebab darah dalam badan dah bertukar menjadi darah jenis “N” ( nakortin) . Hanya mereka yang mempunyai keazaman yang kuat disamping sokongan orang sekeliling sahaja yang mampu berhenti merokok.
Dengan kehadiran bulan Ramadhan , sepatutnya kita menggunakan bulan ini sebagai salah satu peluang terbaik bagi membuang tabiat merokok.Cuba berfikir dengan rasional , seharian kita dapat menahan diri dari merokok , bermakna kita mampu menahan untuk selama-lamanya.
Sebenarnya cara terbaik berhenti merokok melalui perancangan yang detail dan betul.

Terdapat 4 proses yang anda harus lalui untuk berhenti merokok :

Membuat Keputusan berhenti merokok.
Membuat persediaan berhenti merokok.
Mulakan berhenti merokok.
Mengekalkan status tidak merokok.
Tips 10M berhenti merokok:
Melengah-lengahkan.
Menarik nafas panjang.
Minum air banyak.
Menyibukkan diri/membuat sesuatu.
Melakukan senaman regangan.
Mengalihkan perhatian.
Mengunyah sesuatu.
Membasuh tangan.
Mengambil wuduk/mandi.
Memohon doa.

(sumber: KKM)

Wallahuaklam