Saturday, September 6, 2008

Catatan Ramadhan : Puasa Zaman Kecik-kecik Dulu

"Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda: puasa dan Qur'an itu memintakan syafa’at seseorang hamba di hari
Kiamat nanti. puasa berkata : Wahai Rabbku,aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk
memintakan syafa'at baginya. Dan berkata pula AL-Qur'an : Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari ( karena membacaku ), maka berilah aku
hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memmintakan syafaat." ( H.R. Ahmad, Hadits Hasan).


Puasa Zaman Kecik-kecik Dulu



Setiap kali datangnya Ramadhan, akan teringatlah kampung halaman, teringat zaman kecik-kecik dulu, seingat aku..aku dah mula berpuasa penuh sebulan seawal darjah satu .
Bulan puasa ni dikatakan bulan Puas melantak. mana tak nya segala jenis kuih muih mak sediakan masa berbuka dan masa bulan puasalah nak merasa minuman air ber ais dan segala mak nenek air kerana memang mak akan buat dua tiga jenis air untuk kerja lantak melantak kami berenam tu. Dan bulan puasa juga mengingatkan aku nasi kerabu dan maska lemak cilia pi pucuk mengkudu buatan mak yang aku rasa tak dapat di tandingi sesiapa dalam keenakannya sehingga kini walaupun kedapatan orang menjual nasi kerabu di kedai pada melinium baru ini. Walaupun semasa berbuka puasa mak telah sediakan pelbagai juadah namun kami masih boleh ke masjid dan menghadapi jamuan more lagi. Selalunya masa makan more ni aku dan adik ku tak perlu berebut rebut dengan bebudak lain kerana aku sentiasa buat semayang terawikh dan makan bersama orang tua yang lain. Tapi jenuh jugalah nak menghabiskan 23 rokaat tu sementara nak makan more dan kengkawan yang tak semayang terawikh terpaksalah bertarung sesama mereka berebut nak makan more. Selalunya waktu paling puas melantak makan more ialah bila di sebelah malamnya hujan lebat turun kebayakan orang tidak akan kemasjid dan peluang inilah kami ambil untuk makan more sepuasnya malah boleh pula di bawa balik. Kerana keseronokan inilah kami selalu menyanyi sebuah sebegini bunyinya "Hujan turun lebat bihun tambah rabun" Teng teng teng teng teng.

Selalunya bebudak lain yang tak semayang terawikh ni akan buat bising di luar masjid dan tok siak kami selalu akan menjerkah bebudak ni setiap habis salam sembahyang terawikh sehinga tok imam dan jemaah lain pun dah tak terkejut lagi kerana dah tau setiap kali habih salam kerja jerkah-menjerkah ni akan terus di jalankan. Tapi aku yakin kalau ada jemaah dari luar dia tentu terkejut katak kerana jerkahan ini. Senyap le kejap bebudak selepas di jerkah tu dan begitulah iramanya setiap malam sehingga habis bulan puasa. Pasal bergendang (bedok) pula jaganlah cerita pasal gendang masjid kalau gendang tu tak "redoh" selagitulah bebudak dok pulun tabuh yang mana kami memang telah siapkan kayu sendiri untuk kerja memalu gendang ni...apa lagi "dek dek dek pang" le mana tau lagu lain dah kecuali yang mahir tu boleh buat lagu "bangkit tak bangkit sudah"... Tapi selalunya kalau dah pukul secara beramai serentak aku tak tau le lagu apa yang berbunyi silap silap haribulan banyak bunyi kayu berlaga dari bunyi gendang.
Selalunya 2 minggu selepas puasa bermula kami mulalah bergiat aktif dalam bidang mereka cipta meriam buluh dan meriam tanah, walaupun tengah berpuasa dan letih kami masih mampu mencari buluh atau mengali busut untuk di buat meriam tanah, Aku tak tahu bagaimana kami boleh bertahan dalam keadaan begitu tetapi semua tu lah mempercepatkan masa berpuasa kami kerana sedar tak sedar dah nak berbuka dan mak selalunya akan menyediakan se timba air untuk kami membasuh tangan maklumlah aktif dari pagi sampai petang tangan dah tak rupa tangan le.. main meriam pula selalunya akan bermula dari selepas waktu berbuka , balik semayang terawikh dan waktu bersahur nak gerak orang le konon wahal diri sendiripun jenuh mak gerakan.
Mengigatkan bagaimana kami dah habiskan masa sehari berpuasa saya teringat saya pernah mengayuh basikal begitu jauh dari kampung semata-mata nak lupakan jam berpuasa dan apabila keletihan kami akan berendam di sungai untuk menyegarkan badan malah ada pula kawan saya membuat fatwa gila mengatakan meminum air di dasar sungai tidak membatalkan puasa. Namun saya tidak mengikut fatwa sesat itu kerana saya memang taat berpuasa cuma kalau ada kesalahan saya pun berendam terlalu lama di air untuk menyegarkan badan.



Sehingga kini bulan puasa mengingatkan segala yang saya pernah alami bersama adik beradik dulu dan ianya tak mungkin luput dari ingatan walaupun suasana hari raya sekarang amat berbeza sekali di zaman kanak kanak saya. Raya zaman sekarang dengan pelbagai sekatan permainan di bulan puasa yang di kenakan aku tak pasti apakah bebudak sekarang merasakan seperti apa yang saya pernah rasakan.. kerana waktu telah mengubah segalanya. Mungkin keseronokan bebudak sekarang di nilai dari persepsi lain pulak. Tapi bagi saya keseronokan zaman saya kecil berpuasa tak dapat di atasi oleh bebudak zaman sekarang.
Wallahuaklam