Wednesday, September 3, 2008

Catatan Ramadhan: Minda Positif




Allah berfirman (yang mafhumnya) : “Telah diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang dahulu sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surat Al-Baqarah :183).
Rasulullah Shalallahu 'alaihiwasalam bersabda (yang aertinya) : “Jika datang bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka, dan dibelenggulah syaithan”. (HR Bukhori (4/97) dan Muslim (1079)Salam Ramadhan untuk

sahabat-sahabat sekelian.
Semoga ibadat kita akan mendapat maghfirah dan rahmat dari segi fizikal, mental, dan rohani serta dapat menyucikan diri kita dari segala sifat yang boleh memusnahkan kita.
Ramadhan adalah bulan dimana Allah menurunkan kitab-Nya yang mulia
sebagai petunjuk bagi manusia, ubat bagi kaum mukminin, pembimbing
kepada jalan yang lurus, yang diturunkan pada malam Lailatul Qodar,
iaitu satu malam di bulan Ramadhan pada 10 hari terakhir,

Ramadhan juga dikaitkan oleh sesetengah orang sabagai satu pusat latihan untuk pembentukan diri, Ramadhan mengajar ketenagan dan kesabaran, keikhlasan dan keluhuran, kecekalan dan jatidiri.
Dengan Ramadhan kali ini, marilah sama-sama kita memperbaiki diri dengan mendidik minda menjadi lebih positif, kerana minda lah punca segala kejayaan dicapai atau sebaliknya.
Bayangkan anda berada dalam situasi ini:
Anda berlari sedaya upaya untuk melepaskan diri tanpa arah tujuan. Pengganas tersebut cuma di belakang anda sahaja. Mata anda sibuk mencari jalan keluar dalam hutan yang penuh dengan kegelapan.
Keadaan di sekeliling nampaknya hampir sama sahaja. Tak kira secepat manapun anda berlari, usaha anda nampaknya sia-sia sahaja. Kemudian, anda dapati bahawa selama ini, anda hanya berlari dalam satu bulatan yang tertutup dengan pengganas tersebut.
Anda tiada jalan keluar melainkan anda tahu siapakah pengganas yang kejam tersebut.
Pengganas tersebut ialah minda anda sendiri. Ia merompak impian serta harta benda anda satu demi satu. Tak kira selaju manapun anda berlari, lambat laun, anda akan ditangkap oleh minda anda.
Satu-satunya cara untuk menghapuskannya ialah berhenti berlari, toleh belakang dan hunuskan “Keris Minda Positif” anda ke arahnya.
Sudah banyak kali kita membiarkan minda kita mempermainkan kita. Kita mengizinkan minda kita membunuh impian kita tanpa disedari.Akan tetapi, segala-galanya akan berubah mulai hari ini. Kita akan menamatkan perang minda ini dengan penuh keamanan.
Seperti yang kita sedia maklum, minda kita yang mencipta realiti kehidupan kita. Ia mungkin sukar untuk diterima pada mulanya kerana ia bertentangan dengan kepercayaan minda kita yang telah tertanam sejak kecil lagi tetapi Fizik Quantum telah membuktikan teori ini. (Lin Comel).
Jika minda anda memikirkan sesuatu yang positif, maka realiti yang terhasil juga positif dan sebaliknya.
Jadi, pastikan anda selalu bersedia dan bersenjatakan minda positif terutamanya apabila berhadapan dengan pengganas minda anda.
Maka, bersegeralah menuju ke keredhaan dan maghfirah-
Nya, dan jadilah kita hamba-hambanya yang inginkan perubahan setelah diberi peluang berada di pusat latihan Ramadhan ini…
Janganlah kita menjadi hamba-hambanya yang rugi, yang tidak dapat
merasakan nikmatnya berada di bulan Ramadhan dan yang tidak ada apa-apa perubahan selepas Ramadhan.