Monday, September 1, 2008

Anugerah Akal : Satu Anugerah




Anugerah Akal : Satu Anugerah

Assalamualaikum,

Sesetengah orang berfikir bahawa oleh kerana kita mempunyai satu ajaran hidup yang sempurna dalam Al-Quran, kita boleh terus melaksanakannya dalam kehidupan kita tanpa berfikir mengenainya. Allah menganugerahkan kita akal untuk memahami dan mengamalkan keimanan kita. Inilah yang membezakan kita dan haiwan. Kita bukanlah makhluk yang terpantas, terbesar, paling gagah atau yang tertinggi di antara semua makhluk. Tetapi kita adalah yang paling bijak di antara makhluk.

Teringat saya dengan sebuah kisah yang diceritakan oleh Tok Guru pondok suatu ketika dulu (waktu kecik-kecik dulu “dipaksa” untuk menadah kitab kuning) yang mengisahkan tentang seekor Singa. “ Pada suatu masa terdapat seekor singa di hutan. Singa itu memberitahu anaknya: “ Engkau tidak perlu takut kepada binatang lain, tetapi awasi diri engkau dari makhluk berkaki dua, iaitu manusia, dia ada akal,” Pada suatu hari anak singa itu berjumpa dengan seorang manusia dan menawannya. Anak singa itu hampir membunuhnya. Anak singa itu teringat akan nasihat bapanya dan bertanya kepada manusia itu, “Bapaku telah memberi amaran kepadaku tentang engkau. Bolehkah engkau tunjukkan akal engkau?” Manusia itu pun berkata: “Ya, tetapi aku tinggalkannya di rumah, kalau engkau lepaskan aku, aku akan balik ke rumah untuk mengambilnya”. Anak singa itupun setuju. Manusia itupun berkata; “Tetapi engkau akan pergi dari sini dan dan aku tidak akan menjumpai engkau. Biar aku tambat engkau di sebatang pokok agar engkau tidak meninggalkan tempat ini”, Anak singa itu pun bersetuju.
Apabila manusia itu menambat anak singa tersebut, dia terus mendapatkan kayu dan memukul anak singa yang malang itu hingga mati. Dalam saat-saat yang terakhir, anak singa itu mengingati nasihat bapanya: “Berjaga-jagalah dengan manusia, dia ada akal”.

Betapa hebatnya kita sebagai manusia yang Allah telah anugerahkan akal kepada kita. Tetapi malang sekali kita tidak menggunakan akal kita sepenuhnya, tindakan-tindakan manusia kebanyakkan hanya mengunakan nafsu tanpa bepandukan akal.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa manusia biasa jarang-jarang menggunakan seluruh potensi kekuatan akalnay lebih dari 5-10%.

No comments: