Monday, September 1, 2008

Catatan Ramadhan :Sahur




Sahur

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.

Bila masuk je bulan posa,Teringat waktu kecik-kecik dulu masa kat kampung.. setiap malam pukol 12 tengah malam gendang sahur (beduk) akan diketuk oleh budak-budak kampung, bayangkan mula ketuk pukol 12 hingga waktu Imsak.
Setiap kali masuk bulan puasa, waktu bangun sahurlah yang paling berat sekali,Punya la liat bila nak bangun makan sahur nie.. Ingat lagi..mak selalu kejutkan “Bangkit Soq” (makan sahur)...."Cepat bangkit...matahari dah nak keluaq" itu kata-kata mak supaya kami adik beradik cepat bangun....kalau susah nak bangun juga...Ayah akan guna caranya, hanya dengan batuk ayah dua kali, kami semua adik beradik lompat bangun dari tempat tidur....itulah kehebatan ayah.

Pantang bagi ayah kalau lepas sahur sambung tidur, mesti pergi duduk kat surau yang terletak disebelah rumah untuk tadarus Al-Quran sementara menunggu masuk waktu subuh, masa tadarus ni lah ambik kesempatan sandar kat dinding, sempat juga lelap.

Waktu kecik-kecik dulu, hari pertama puasalah yang penuh pancaroba. Setiap kali selepas meneguk air paip di sekolah barulah ingat yang diri ini berpuasa.Tapi ustaz kata kalau lupa tak apa, rasa rugi pula tak teguk banyak-banyak...itulah puasa masa kecik-kecik dulu.

No comments: